Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki berusia 24 tahun telah ditahan dan didakwa atas pertuduhan cubaan membunuhan bayi perempuannya berusia 4 bulan dengan memberinya minum petrol.
Tertuduh, Edgar James Bridgemon, yang berasal dari Paris, Texas, ditahan oleh pihak polis pada 10 Ogos 2024.
Menurut laporan, pihak polis menerima panggilan kecemasan dari ibu bayi tersebut yang mendapati rumahnya berbau petrol. Apabila tiba di tempat kejadian, polis mendapati bayi tersebut masih bernafas dan menangis.
Bridgemon yang merupakan bapa kandung bayi itu, mengaku telah memberi anakny minum petrol dengan niat untuk membunuhnya.
Mangsa segera dibawa ke Pusat Perubatan Kanak-Kanak di Dallas untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kini sedang dalam proses pemulihan.
Bridgemon kini ditahan tanpa ikat jamin dan menghadapi peertuduhan cubaan membunuhan yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.
Motif di sebalik tindakan kejam ini masih belum jelas, namun ibu bayi tersebut menyatakan dia enggan mempunyai hubungan dengan Bridgemon, yang mungkin menjadi punca tindakan tersebut. – Agensi