Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan polis kerana mencabul anak tirinya berusia 11 tahun dalam kejadian di daerah Kalisat, Jawa Timur, Indonesia.
Terdahulu suspek ditahan oleh penduduk kampung pada Sabtu, 8 Julai 2023 dan hampir dibakar hidup-hidup kerana berang dengan perbuatan terkutuknya itu.
Lelaki itu bagaimanapun bernasib baik kerana polis segera datang ke lokasi kejadian. Suspek ditahan dan dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kalisat, Istona berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku melakukanperbuatan itu kerana bengang dengan isterinya yang selalu bermain telefon bimbit.
“Disebabkan selalu bermain telefon bimbit, wanita itu mengabaikan kewajipannya untuk melayani kehendak suspek.
“Isterinya selalu memberi alasan mengantuk, sehingga suspek melampiaskan nafsunya pada anak tirinya itu,” katanya.
Terdahulu media tempatan melaporkan seorang lelaki nyaris dibakar hidup-hidup selepas perbuatannya terbongkar.
Difahamkan, mangsa menceritakan perbuatan suspek kepada ibunya kerana tidak tahan dengan tindakan bapa tirinya itu yang telah beberapa kali mencabulnya sejak Sabtu, 1 Julai 2023.
Sumber: Indo Zone








