Babak cium 'berlapik' Hun Haqeem & Daiyan Trisha dalam drama W: Two World undang kecaman ramai - The Reporter

Babak cium ‘berlapik’ Hun Haqeem & Daiyan Trisha dalam drama W: Two World undang kecaman ramai

Beberapa buah filem dan drama tempatan yang dihasilkan melalui adaptasi kebiasaannya mendapat sambutan hangat dari penonton. Tidak kira samada adaptasi tersebut dari filem luar negara mahupun diambil dari sebuah novel.

Namun, adaptasi dari drama Korea dilihat satu tarikan kuat buat penonton di Malaysia.

Drama W: Two World, drama adaptasi dari Korea Selatan yang baru sahaja ditayangkan menarik perhatian ramai apabila telah mencetuskan kontroversi.

Drama yang diarahkan oleh pengarah Yusry Abdul Halim itu telah memaparkan babak ciuman yang berlapik antara pelakon Hun Haqeem dan Daiyan Trisha.

Babak berkenaan bagaimanapun telah menerima kecaman ramai.

https://twitter.com/feeragreen/status/1730767782541983824?s=20

Walaupun babak berkenaan dilihat ‘berlapik’ namun netizen tetap menganggap perkara tersebut tidak bersesuaian dengan budaya dan sensitiviti rakyat Malaysia.

Ada juga yang berasa hairan dengan tindakan pengarah yang tidak memotong babak berkenaan dan meniru hampir sama babak asal drama itu.

“Tak boleh ke kalau tak buat scene macam ni? Menggelupur ke director kalau tak buat?” Soal Naksu.

“Kot ye pun nak adaptasi ubah la sikit sesuai dengan rakyat kita, yang nak tiru sebijik tu kenapa?” kata netizen lain.

Susulan isu ini juga, netizen meninggalkan beberapa komen di ruangan hantaran drama ini di Instagram milik Yusry. Antara lain ramai yang mempersoalkan mengapa babak berkenaan tidak dipotong.

Sumber: X, Yusry Abdul Halim

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!