Susulan laporan seorang bapa memukul kepala anak perempuannya dengan tukul sehingga parah, ahli keluarga mereka tampil meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi, lapor Harian Metro.
Wan, 28, anak kedua dari empat beradik itu berkata, bapanya tidak dapat mengingati semula kejadian itu, malah bapanya tidak pernah bertindak seperti itu terhadap adiknya.
“Kami kenal ayah dan ayah takkan bertindak sebegitu kepada adik.
“Ketika dirawat di Hospital Parit Buntar, ayah sempat maklum pada kami, dia langsung tak ingat ketika kejadian berlaku.
“Selepas kejadian itu, ahli keluarga lain termasuk jiran, bapa saudara dan ibu saudara segera ke rumah untuk mengawal keadaan.
“Waktu itu ayah dalam keadaan terpinga-pinga dan tidak menyedari apa yang berlaku. Sehinggalah salah seorang ahli keluarga membaca bacaan surah Yasin pada ayah dan selepas itu ayah meronta-ronta sebelum melarikan diri menaiki motosikal hingga merempuh sebuah kedai penduduk.
“Susulan kejadian itu, kepala ayah terluka dan tulang tapak tangannya retak, bukannya ayah mencederakan dirinya sendiri.
“Tak mungkin dia bertindak sebegitu memandangkan adik saya anak yang paling ayah sayang.
“Bila seseorang dalam keadaan sebegitu (rasuk), macam-macam perkara luar jangka boleh terjadi.
“Saya harap netizen tidak menokok tambah dan memperbesarkan kes ini. Hanya kami anak dan ahli keluarga yang tahu dan hadapi semuanya,” katanya.
Difahamkan, mangsa sudah mendapat dua tawaran kerja pada bulan April dan dia masih dalam dilema untuk memilih pekerjaan itu.
BERITA BERKAITAN: