Australia akan haramkan kanak-kanak guna Facebook, Instagram, TikTok - The Reporter

Australia akan haramkan kanak-kanak guna Facebook, Instagram, TikTok

Foto hiasan sahaja

Selasa lalu, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, mengumumkan kerajaan akan mengharamkan kanak-kanak menggunakan media sosial dengan had umur minimum 16 tahun ke bawah. Tindakan ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian kanak-kanak daripada peranti elektronik dan menggalakkan mereka bermain di luar.

Kerajaan akan memperkenalkan undang-undang persekutuan untuk menghalang kanak-kanak daripada menggunakan media sosial kerana platform-platform ini hanya memberikan kesan yang merugikan terhadap golongan tersebut.

Mahu kanak-kanak rasai dunia sebenar

Walaupun had umur minimum bagi kanak-kanak mendaftar laman-laman seperti Facebook, Instagram dan TikTok belum diputuskan, ia dijangka akan menetapkan umur minimum antara 14 hingga 16 tahun.

Perdana Menteri berkata, beliau lebih suka jika pengguna di bawah usia 16 tahun terus dihalang daripada menggunakan media sosial.

Ujian pengesahan umur akan dijalankan dalam beberapa bulan akan datang. Namun, beberapa pakar meragui sama ada teknologi yang sedia ada benar-benar dapat menguatkuasakan had umur dalam talian.

Albanese berkata, “Kami ingin melihat kanak-kanak bermain di padang bola sepak, kolam renang dan gelanggang tenis. Bukannya menghadap peranti elektronik sepanjang masa.

“Kami mahu mereka mengalami pengalaman sebenar dengan oragn sebenar kerana kami tahu media sosial menyebabkan kerosakan sosial.”

Pembangkang sokong usaha kerajaan

Sementara itu, pemimpin pembangkang konservatif Australia, Peter Dutton berkata, pihaknya menyokong pelaksanaan had umur tersebut. Beliau berkata, jika perkara itu lewat dilaksanakan, semakin ramai kanak-kanak yang akan terdedah kepada bahaya media sosal dan sudah tiba masanya untuk tidak bergantung kepada syarikat teknologi untuk berbuat demikian.

Menurut Profesor Madya bidang komputer dan teknologi maklumat di Universiti Melbourne, Toby Murray, berkata kaedah pengesahan umur semasa tidak boleh diandalkan dan mudah dielakkan, serta mengancam privasi pengguna.

Pakar juga memberi amaran, langkah mengenakan had umur mungkin tidak membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah. Walaupun terdapat logik dalam menetapkan batasan yang membatasi akses kanak-kanak muda, lebih penting untuk mengawal platform media sosial yang bertanggungjawab.

Media sosial adalah sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak muda yang tidak dapat dielakkan. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!