Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelbagai kritikan terhadap Perancis, selaku tuan rumah Sukan Olimpik 2024 pada kali ini.
Segelintir atlet mengeluh keadaan bilik penginapan panas menyebabkan mereka berasa tidak selesa sehinggakan kerajaan India menghantar khas penyaman udara untuk atlet negaranya.
Namun, cara yang dipilih oleh perenang Itali, Thomas Ceccon menarik perhatian ramai.
Pemenang pingat emas Olimpik 2024 itu terpaksa tidur di taman kerana tidak tahan dengan keadaan bilik di Perkampungan Sukan di Paris.
Katanya, dia sukar tidur di bilik penginapan kerana terlalu panas selain mendakwa makanan di sana tidak sedap.
“Tiada pendingin hawa di perkampungan sukan, ia panas, dan makanannya tidak sedap. Ia realiti yang tidak semua orang tahu.
“Di rumah, saya selalu tidur di waktu tengahari, di sini amat sukar kerana keadaan panas dan bising,” katanya.
Sumber: Berita Harian








