Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
UMNO menegaskan pendirian menolak sebarang perhimpunan yang bertujuan menggugat Kerajaan Perpaduan dan tidak akan bertolak ansur terhadap kehadiran ahlinya dalam perhimpunan anjuran pembangkang yang diketuai PAS di Dataran Merdeka pada Sabtu.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti itu sepatutnya memperkukuh Kerajaan MADANI, bukan melemahkannya. Beliau turut menyatakan akan menyiasat kehadiran ahli UMNO ke perhimpunan tersebut.
“Saya mahu lihat dahulu siapa yang hadir ke perhimpunan… saya dan pasukan akan soal mereka mengenai kehadiran itu. Apakah sebab mereka hadir ke perhimpunan itu?.
“Kepemimpinan UMNO mempunyai pendirian yang jelas dan tidak menyokong perhimpunan sebegitu, kerana parti kini adalah sebahagian daripada Kerajaan MADANI,” katanya
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Dr Noraishah Mydin, umum tarik diri dari PKR
- Ucapan Ramanan dicelah Hassan Karim, cetus ketegangan di Konvensyen PKR Johor
Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, memaklumkan parti akan menunggu laporan penuh sebelum mengambil tindakan lanjut.
Menurut polis, perhimpunan tersebut dihadiri kira-kira 18,000 orang dan berlangsung tanpa sebarang insiden. Ia diadakan bagi membantah isu kos sara hidup dan mendakwa kegagalan institusi kerajaan.
Sumber: Berita Harian








