Anwar puji LHDN cemerlang, kutipan cukai cecah RM184.8 bilion | The Reporter

Anwar puji LHDN cemerlang, kutipan cukai cecah RM184.8 bilion

Anwar Ibrahim memuji LHDN atas pencapaian kutipan cukai RM184.8 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinannya terhadap prestasi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang terus menunjukkan peningkatan hasil dan kecekapan menerusi pelaksanaan sistem baharu.

Memetik laporan Bernama, Anwar berkata LHDN kini lebih tersusun dan berstruktur, dengan pelbagai instrumen terkini diperkenalkan, termasuk e-Invois yang membantu meningkatkan pemantauan serta pematuhan cukai.

“Saya lihat ini satu langkah yang baik, sistem ini lebih teratur dan memberikan hasil yang lebih berkesan,” katanya.

Beliau turut memuji tahap disiplin tinggi dalam organisasi itu dan optimis bahawa jika momentum ini dikekalkan, kutipan hasil negara akan terus meningkat.

“Standard yang ada sekarang sudah sangat baik. Jika dikekalkan, ia pasti membawa manfaat lebih besar kepada negara,” katanya.

Pada tahun 2024, kutipan cukai langsung negara mencecah RM184.805 bilion, meningkat RM1.465 bilion berbanding RM183.34 bilion pada tahun sebelumnya, membuktikan keberkesanan strategi yang dilaksanakan oleh LHDN.

Related Posts