Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Hari Jumaat merupakan hari yang penuh keberkatan. Saat ini juga ramai yang mengambil peluang untuk bersedekah.
Menerusi satu perkongsian daripada seorang ustaz, antara amal soleh yang dilakukan pada hari Jumaat adalah belanja makan orang yang pulang dari solat Jumaat.
Diceritakan, di Madinah, seorang wanita tua selalu memberikan sahabat Nabi makan bubur ubi selepas solat Jumaat. Ketika itu sahabat-sahabat Nabi dikatakan tidak berpeluang merasai makanan berasaskan daging.
“Setiap hari Jumaat nenek tua di Madinah itu akan cabut sayur-sayur macam ubi yang ditanam.
“Dia rebus dan campur dengan gandum sehinggakan ubi tu kelihatan seperti sup daging,” tulisnya.
Keenakan juadah yang disediakan oleh nenek itu membuatkan sahabat Nabi tidak sabar menantikan Jumaat yang seterusnya.
“Sebab itu Sahl bin Sa’ad selalu cakap:
وكنا نتمنى يوم الجمعة لطعامها ذلك
“Kami tak sabar nak tunggu hari Jumaat sebab sup sayur yang nenek tu buat!”
Sumber: Addien