'Analisis' tentang kesan konflik peperangan dikecam, netizen cadang Azhar Sulaiman dihantar ke Palestin | The Reporter

‘Analisis’ tentang kesan konflik peperangan dikecam, netizen cadang Azhar Sulaiman dihantar ke Palestin

Baru-baru ini pelakon Azhar Sulaiman menerima kecaman ramai kerana mengkritik strategi yang dilakukan oleh kumpulan pejuang Hammas. Bagaimanapun, dia tampil memohon maaf di atas kritikan itu dan menyatakan solidariti terhadap Palestin.

Belum lagi reda isu tersebut, sekali lagi Azhar Sulaiman didakwa mengeluarkan satu analisis seolah mengkritik kesan peperangan yang berlaku sejak sebulan yang lalu.

“Selepas 1 bulan berperang secara intensif dengan Israel sejak 7 Oktober 2023, apa sudah berlaku di Gaza?

“Ramai leaders dan pejuang mereka telah mati dibunuh, tunnels mereka banyak dimusnahkan. Stok senjata mereka berkurangan dan tiada bekalan stok baru sebab jalan masuk sudah ditutup. Hammas pula tidak mampu melawan serangan pelbagai jenis bom yang dihantar Israel dan menjadi seperti a Sitting Duck,” tulisnya.

Selain itu, dia juga melihat kesan tersebut terhadap penempatan di Gaza.

“Bandar dan segala infra struktur telah musnah dibom dan Israel telah kepung bandar itu sepenuhnya.

“Tentera Israel sudah masuk ke dalam Gaza untuk kawal sebahagian Gaza yang menjadikan kawasan baru yang berjaya dirampas oleh Israel selepas ini,” katanya.

Tambahnya lagi, konflik tersebut sudah pasti memberikan kesan besar pada rakyat Gaza.

“Dua juta orang telah hilang tempat tinggal. 10 ribu orang telah mati termasuk 5 ribu kanak-kanak.

“Hidup mereka lebih sengsara berbanding 7 Oktober, tiada siapa dibenarkan keluar dari Gaza.

“Tiada makanan, bekalan air dan elektrik telah diputuskan,” tulisnya.

Dikecam netizen

Bagaimanapun ‘analisis’ yang dibuat beliau sekali lagi dikecam oleh netizen dan meminta Azhar agar lebih mendapatkan sumber dan fakta daripada pelbagai sudut. Tidak kurang juga ada yang berseloroh meminta Azhar dihantar ke Palestin melalui udara (payung terjun).

Namun, Azhar Sulaiman tetap pertahankan kenyataan beliau yang didakwa diambil dari sudut seorang arkitek.

“Gaza dan rakyat musnah dan insiden paling buruk mereka alami. Masih nak kutuk saya pertikai strategi yang nyata tak membawa keuntungan atau moving forward bagi Palestine.

“As an architect kami kena faham banyak perkara dan history and current situaition. Kena fikir from all angles,’ katanya.

Beliau juga mengulas persoalan netizen yang menyoalkan adakah dia tidak yakin dengan Hammas.

“At the rate now, tidak. Israel dah berjaya bunuh ramai orang Gaza dan started to take control some areas dalam city. Ikut Al-Quran, Palestin akan jatuh ke tangan Israel,” tulisnya.

Sumber: Amira Nadia Raup

Related Posts