Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki berusia 20-an tergamak menikam ibunya hingga maut dalam satu kejadian di Felda Ayer Hitam, Kluang, pagi tadi.
Mangsa, seorang wanita dalam lingkungan usia 40-an, ditemui maut akibat kecederaan parah di bahagian pinggang selepas ditikam oleh anaknya sekitar jam 9.30 pagi.
Difahamkan, insiden berlaku selepas mangsa menegur suspek kerana menghisap vape yang dipercayai berperisa dadah. Tindakan itu dipercayai mencetuskan kemarahan suspek sehingga dia bertindak mengambil sebilah pisau dan menikam ibunya.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa suspek berjaya ditahan sejurus selepas kejadian.
Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Sumber: Kosmo