Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui maut selepas terhimpit di dalam istana belon yang telah dikempiskan dan dilipat di Kota Sungai Penuh, Jambi, Indonesia.
Kejadian menyayat hati itu berlaku di kawasan permainan istana belon di Lapangan Merdeka, Desa Pondok Tinggi, malam Ahad, 30 November lalu. Mangsa yang dikenali sebagai ‘GL’, dilihat ibunya, Putri Ningsih, masih bermain sebelum tiba-tiba hilang daripada pandangan.
“Awalnya dia kelihatan masih bermain. Selepas setengah jam kemudian, adik tidak kelihatan. Saya bertanya kepada neneknya, katanya ada di istana belon. Bila saya pergi tengok, istana belon sudah sepi,” kata Ningsih dengan nada sebak.
Baca juga:
- Arab Saudi umum penemuan emas 8 juta auns pada 2025
- Garuda Indonesia nafi rekrut wanita menyamar pramugari Batik Air
- Trump pertahankan ejen imigresen, selepas wanita ditembak mati dalam operasi


Selepas gagal mencari di sekitar kawasan, Ningsih pulang ke rumah. Namun, ibu mangsa kembali semula ke lokasi dan ternampak pemilik permainan membuka belon yang sudah dikempiskan. Di dalamnya, anaknya ditemui dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri.
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun selepas beberapa kali diberikan oksigen, doktor mengesahkan ‘GL’ telah meninggal dunia.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Resor Kerinci, AKP Veri Prastiawan, memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.
Sumber: Kumparan









