Anak malas buat kerja sekolah, ibu terus hantar ke balai polis | The Reporter

Anak malas buat kerja sekolah, ibu terus hantar ke balai polis

anak tidak siapkan kerja sekolah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang ibu mengambil pendekatan luar biasa dengan membawa anak lelakinya ke balai polis sebagai peringatan kerana kerap mengabaikan kerja sekolah.

Nor Syuhada Mohd Zahri, ibu kepada anak berusia 11 tahun itu, mendapati anak bongsunya sering berbohong, mengatakan kerja sekolahnya sudah selesai setiap kali ditanya. Namun, kebenaran terbongkar apabila guru anaknya memaklumkan keadaan sebenar yang berlawanan dengan apa yang diberitahu.

“Saya terkejut apabila guru kelas beritahu anak saya sebenarnya tidak siapkan kerja sekolah. Bila tanya di rumah, dia kata sudah buat di sekolah.

“Saya malas hendak bising-bising, jadi saya bawa anak saya terus pergi ke balai polis berdekatan untuk takutkan dia.

“Saya bawa dia pergi ke pegawai bertugas dan berlakon untuk hantar anak sebab tidak siap kerja sekolah. Ketika itu, polis pun memahami keadaan sebenar jadi mereka ikut berlakon sekali,” katanya.

Nor Syuhada yang juga seorang guru berkata, pegawai polis turut memberi kerjasama dengan menggertak akan memasukkan anaknya ke dalam lokap jika mengulangi kesalahan yang sama, sebagai pengajaran agar anaknya sedar akan kesilapannya.

“Polis banyak bertanya dan soal siasat anak saya untuk takutnya dia. Ada juga yang tunjuk gari dan bawa kereta polis.

“Yang paling dia rasa insaf adalah apabila polis tunjuk lokap, masa itu memang dia menangis dan banyak kali minta maaf,” tambahnya.

Menurut Nor Syuhada, selepas kejadian itu, anaknya mula berubah dan menyiapkan kerja sekolah seperti dijanjikan, dan dia turut berterima kasih kepada pihak polis atas kerjasama yang membuat anaknya serik serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts