'Anak kau memang dah putih kot??' - Guna anak jual produk putihkan kulit, netizen tegur Rozita Che Wan - The Reporter

‘Anak kau memang dah putih kot??’ – Guna anak jual produk putihkan kulit, netizen tegur Rozita Che Wan

Gambar anak kepada pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang mempromosikan produk losyen putih ajaib di Instagram dengan ayat ‘siapa nak putih gebu macam Aaisyah’ mengundang pelbagai reaksi netizen. 
Individu yang bertanggungjawab memuat naik gambar tersebut, Nuyulhuda, hairan mengapa anak pasangan berkenaan digunakan untuk mempromosi produk tersebut, sedangkan kanak-kanak itu sememangnya berkulit cerah. 
“Stresslah artis-artis ini mengambil kesempatan. Ambillah orang Korea ke,” kata Nuyulhuda. 
Sementara itu, netizen juga kesal anak-anak kecil kini diajar untuk menganggap mereka yang berkulit cerah itu sebagai cantik sehingga terpaksa menggunakan produk tambahan bagi mengekalkan kecerahan berpanjangan. 
“Kasihan dekat mak-mak yang terperdaya. Anak yang menjadi mangsa kerakusan untuk cantik.” – Aimi. 
“Meleis, senang-senang saja buat produk. Kemudian bagi kenyataan entah apa-apa. Dah putih semulajadi, tetapi mengaku disebabkan produk.” – Izzah.
“Selagi boleh buat duit, buat. Pakai modal anak pun tak apa. Sapu banyak-banyak bagi cantik. Safety, test lab result, ingredients, allery testing, approval KKM belakang cerita. 
“Why would they even bother about general public? Their goals to make money in the expense of public ignorance. Janji kaya.” – Nurafifah Zainuddin. 

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!