Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pengacara dan pendakwah, Amin Idris menegur satu video tular yang memaparkan seorang usahawan berkongsi tip perniagaan dengan membaca Surah Al-Fiil namun didakwa mentafsir ayat al-Quran secara tidak tepat.
Menurut Amin, beliau menonton video tersebut yang memaparkan individu berkenaan mengaitkan kalimah ‘Rabbuka’ dalam surah berkenaan dengan maksud ‘buka’, kononnya sebagai simbolik kepada pembukaan pintu rezeki dari langit.
Bagaimanapun, Amin menegaskan bahawa tafsiran tersebut adalah tidak tepat kerana perkataan ‘Rabbuka’ sebenarnya membawa maksud ‘Tuhanmu’, bukannya ‘buka’ seperti yang didakwa dalam video tersebut.
“Makna ‘Rabbuka’ bukan buka, tapi Tuhanmu.
“Sama bila dalam kubur nanti, kita akan disoal ‘Ma Rabbuka’, siapa Tuhan kamu?,” katanya.
Baca juga:
- ‘Kabinet kecam keras kenyataan didakwa hina sahabat Nabi’ – Fahmi
- RTM tamatkan siaran di Astro mulai 1 Julai ini
- Pelajar lelaki Tingkatan Satu meninggal dunia di asrama
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila berkongsi atau mentafsir ayat-ayat al-Quran, kerana ia merupakan kalam Allah yang perlu difahami.
“Hati-hati dalam memetik ayat Quran. Jangan main hentam je. Itu ayat Allah,” katanya.








