Ali Puteh sudah bayar hutang RM72,490 kepada balu Abam Bocey - The Reporter

Ali Puteh sudah bayar hutang RM72,490 kepada balu Abam Bocey

Sumber gambar: Instagram Ali Puteh

Pelawak Ali Puteh memaklumkan hutang saman RM75,000 telah dibayar kepada kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali pada petang Sabtu.

Dalam hantaran yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam, Ali turut memohon maaf di atas kelewatannya membayar hutang itu kerana sibuk menguruskan perniagaan sambalnya.

“Alhamdulillah, selesai melangsaikan hutang balu arwah abang saya, Siti Nurhidayah Mohd Ali. Saya harap tiada lagi isu berbangkit berkenaan hutang ini lagi. Saya mengambil ini sebagai pengajaran buat saya dan kita semua.

“Harapnya selepas ini tiada lagi dakwa-dakwi dan tak nak panjang-panjang lagi (kes hutang). Saya baru balik dari bank, minta maaflah terlambat sikit hantar duitnya disebabkan kekangan kerja. Dengan orang order sambal, dengan sambal dekat dapur tak terkacau.

“Minta maaf banyaklah kepada keluarga balu arwah abang saya kerana terlewat bayar. Hari ini baru ada kelapangan, tadi kita pergi bank dan kaunter pula tutup. Jadi kita terpaksa menggunakan Cash Deposit Machine (CDM).

Bayar hutang RM72,490

“Jadi ini 27 resit pembayaran RM72,490 kerana peguam kata balu ada sangkut dengan saya RM3,000 di awal kes dulu. Jadi, dia (Hidayah) pun faham. RM75,486.48 tolak RM3,000, maknanya saya perlu bayar RM72,490,” katanya.

Dalam kesempatan itu juga, Ali mewakili keluarganya memohon maaf kepada semua, malah turut memaafkan mereka yang pernah melemparkan kata-kata yang tidak menyenangkan terhadap dirinya dan keluarga.

“Saya mewakili seluruh ahli keluarga arwah Abam Bocey memohon ampun dan maaf buat semua. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

“Akhir kata, saya memohon maaf dan memaafkan semua yang pernah berkata-kata pada saya dan keluarga.

“Datang rumah di waktu petang, datang untuk membayar hutang. Selesai sudah hutang piutang, insha-Allah rezeki pasti datang,” ujarnya.

Sumber: Instagram Ali Puteh

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!