'Alhamdulilah, tak perlu pinjam duit & tagih simpati kawan' - Shuk Sahar | The Reporter

‘Alhamdulilah, tak perlu pinjam duit & tagih simpati kawan’ – Shuk Sahar

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kemunculannya di dalam podcast OKLETSGO sebelum ini mendapat perhatian ramai. Shuk Sahar dipuji netizen kerana berjaya mengulas isu semasa dengan baik.

Bertitik tolak daripada podcast itu, Shuk kemudiannya ‘dilamar’ untuk menyertai Dol’s Podcast yang dikendalikan oleh rakannya sendiri iaitu Shuib.

Berkongsi kehidupannya kini, Shuk meluahkan rasa syukur apabila diberikan peluang kedua untuk meneruskan kehidupan.

Katanya, dia kini tidak perlu lagi menagih simpati sesiapa untuk kelangsungan diri dan keluarga.

“Kehidupan sekarang alhamdulillah sudah stabil. ALLAH beri satu lagi peluang untuk menjadi suami, ayah dan terus berbakti sebagai seorang anak.

“Paling penting, saya mampu jalani kehidupan normal. Saya tidak perlu lagi meminjam duit kawan atau menagih simpati demi mendapat ‘hadiah’ ketika bersiaran langsung di media sosial,” katanya.

Dalam pada itu Shuk turut berkongsikan mengenai kebaikan teman-teman industri yang sentiasa menghulurkan bantuan kepadanya dari segi kewangan terutama sekali Shuib, Nabil dan Ebby Yus.

@astrogempak

#GempakNews : Untung ada kawan yang bantu kita dalam keadaan susah Klik link untuk artikel penuh & layari gempak.com

♬ original sound – Gempak – Gempak

“Ada satu kejadian, hari yang sama saya dapat panggilan kontrak dibatalkan, saya sepatutnya ada sesi fotografi bersama Nabil.

“Kemudian Nabil hubungi saya bertanya saya di mana. Bila saya beritahu kontrak tidak diteruskan, petang itu Nabil masukkan sejumlah wang.

“Begitu juga dengan abang Ebby yang menghubungi saya bertanya khabar dan masukkan duit ke akaun saya,” katanya.

Shuib pula katanya sanggup memberinya pinjaman sebanyak RM10,000.

Sumber: Sinar Harian, Astro Gempak

Related Posts