Akmal Saleh minta Menteri atau DAP betulkan sendiri bendera terbalik | The Reporter

Akmal Saleh minta Menteri atau DAP betulkan sendiri bendera terbalik

Dr. Muhamad Akmal Saleh tersenyum sambil dikerumuni penyokong dalam satu majlis.
Akmal Saleh jadi tumpuan selepas mengulas isu bendera Jalur Gemilang terbalik.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh dalam hantarannya di Facebook meminta menteri atau pemimpin DAP sendiri turun membetulkan Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik. Katanya, keadaan menjadi sukar kerana jika rakyat yang membetulkannya, mereka pula berisiko didakwa.

Beliau turut menyebut mengenai tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menurutnya serba salah kerana sebarang hukuman boleh menimbulkan bantahan.

“Kalau PBT bagi hukuman, nanti ada golongan yang tidak berpuas hati pula minta tarik hukuman,” tulisnya.

Baca juga:

Perlu hukuman tegas

Akmal menegaskan selagi tiada tindakan tegas terhadap mereka yang dianggap tidak menghormati bendera, selagi itu Jalur Gemilang tidak akan dipandang serius.

“Selagi tidak berkeras dan tiada hukuman kepada golongan yang kurang ajar ini, selagi itulah bendera ini tidak akan dihormati. Ini negara kita yang perlu dihormati,” katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan tindakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sendiri turun membetulkan Jalur Gemilang yang dipasang terbalik, sambil menegaskan ia bukan satu kesalahan jenayah sekiranya tiada unsur niat menghina negara.

Sumber: Facebook Akmal Saleh

Related Posts