Ahmad Samsuri boleh jadi PM sebelum PRU16, kalau PAS berjaya yakinkan UMNO untuk bekerjasama semula - Isham Jalil - The Reporter

Ahmad Samsuri boleh jadi PM sebelum PRU16, kalau PAS berjaya yakinkan UMNO untuk bekerjasama semula – Isham Jalil

Sumber gambar: MB Terengganu, Focus Malaysia

2 Disember lalu, calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Ahmad Samsuri Mokhtar, menang dengan majoriti 37,220 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Susulan kemenangannya itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil berkata, Ahmad Samsuri boleh menjadi perdana menteri sebelum Pilihan Raya Umum ke-16, sekiranya PAS berjaya menyakin UMNO untuk berkerjasama semula.

“…jika mereka berjaya menyakinkan UMNO untuk bermuafakat semula, maka tidak mustahil Kerajaan Perpaduan ini akan tumbang dan digantikan dengan Kerajaan Muafakat dalam masa terdekat,” katanya memetik laporan daripada Malaysia Gazette, Selasa, 5 November 2023.

Mengulas mengenai kekalahan BN di PRK Kemaman, Isham mendedahkan sikap segelintir individu dalam UMNO yang terlalu berlebihan dalam mempertahankan DAP menjadi punca kekalahan BN, Sabtu lalu.

Sikap lebih sudu dari kuah itu telah menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap UMNO.

“Jadi saya nak cakap, cukup-cukuplah jadi ‘penjilat DAP’,” katanya memetik daripada rakaman video yang disiarkan di laman Facebook Isham, hari ini.

Sumber: Malaysia Gazette

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!