Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Itulah pengalaman ‘paling mahal’ saya selama dua minggu menjadi chef di kantin sekolah beberapa tahun yang lalu. Kita tidak mampu nak mengubah semua tetapi kita boleh pastikan anak-anak kita terkecuali dari situasi menyedihkan itu dengan merajinkan diri menyediakan bekal anak-anak ke sekolah.
KENAPA TAK REPORT?
Sebenarnya ini isu lama yang tak pernah lapuk sebab masih dan sedang berlaku. Bukan sahaja di kantin sekolah, malah di kantin hospital sekalipun.
Dalam banyak-banyak komen, ada satu komen lucu yang memarahi saya kenapa tidak terus buat aduan tetapi ceritakan di Facebook, buat apa? Malah saya dikatakan bersubahat.
Hahaha! Pandai betul buat lawak. Ini personal Facebook saya, itu cerita saya. Hehe!
Okeylah, saya kerja dua minggu saja di situ. Masa saya kerja itu, saya kerap juga berpesan kepada kawan-kawan, minta pesan pada anak-anak jangan beli nasi goreng dan mee goreng itu.
Kenapa tak report? Masa itu saya tak terfikir dan tak sempat nak pergi report sebab dah sibuk sangat bekerja di tmepat baru. Siang kerja, malam buat kuih jualan. Yang pasti, anak-anak saya berbekal ke sekolah.
Bila saya masak? Kan saya jual kuih, bawa sajalah kuih itu.
Sebelum pergi kerja, masak nasi dan lauk untuk bekal kerja dan anak balik sekolah tengah hari nanti. Kuncinya, nak buat dengan tak nak saja. Simple.
Bukan tiada pemantauan dari Guru Besar, tetapi tidak diendahkan pun. Guru Besar sesekali buat spotcheck, siap capai sehelai dua mee goreng. Takkan Guru Besar nak rasa semua menu, kan?
Itulah saya kata, kita tidak mampu nak menjaga semua tetapi kita cuma jaga bahagian kita sahaja. Tanggungjawab kita. Kita jangan harap setiap kemungkaran itu akan direport oleh orang lain. Memang mudah untuk mencari kesilapan orang.
Saya cuma nak mengajak ibu bapa sediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah demi keselesaan anak-anak yang sedang menuntut ilmu.
Tidak perlu beratur, bersesak, mencari tempat duduk. Buang masa, malah kebanyakannya tak sempat habiskan makanan pun.









