Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon Abby Abadi tampil mempertahankan Fazura yang menerima kecaman daripada netizen selepas menyampaikan lagu “Bertahan Demi Cinta” dalam rancangan Sea Today di Jakarta, Indonesia.
Abby dalam satu hantaran di Instastory berkata, “Ok je, comel je Faz nyanyi… Lagu duet nyanyi berdua bukan senang nak dinyanyikan seorang. Lagi pula guna minus one kosong… kira ok lah ni. Bukan pergi bertanding pun.”
Abby turut mengingatkan bahawa, Fazura hadir atas jemputan kerja dan mungkin dibayar dalam mata wang asing.
“Dia ke sana dipanggil kerja, tentu ada bayaran. Silap-silap dibayar dengan matawang USD. Korang maki-maki dapat apa?
“Dah tak suka tu semua serba tak kena,” tulis Abby sambil menasihati netizen untuk lebih beristighfar daripada mengecam tanpa sebab.
Terdahulu, Fazura mencuri perhatian dalam kalangan peminat Indonesia dan Malaysia menerusi persembahan lagu terbaharunya yang diiringi pelbagai reaksi netizen di media sosial, dengan ada yang mengkritik kualiti nyanyiannya.








