Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
JOHOR BAHRU – Muhammad Firdauz Danish Mohd Azahar, salah seorang mangsa yang dirempuh kereta dalam kejadian jam 3.20 pagi semalam.
Menurut bapanya, Mohd Azhar Abdul Karim, 46, sebelum bertolak ke Institut Jantung Negara (IJN) pada malam Khamis, dia telah meminta arwah untuk menjaga adik beradiknya yang lain namun arwah marah dan selalunya tidak begitu, katanya memetik laporan dari Berita Harian.
“Arwah tidak menoleh ke arah ibunya yang memanggil dan hanya bersalaman dengan saya, kakaknya, pakcik dan dua anak sauadara saya.
“Sekembalinya dari IJN jam 1 pagi, arwah tiada di rumah dan anak saya yang lain maklumkan arwah keluar dan tidur di rumah rakannya,” katanya sebelum mengetahui kejadian yang menimpa arwah.
Sementara itu, kakaknya, Nur Diayana Mohd Azahar, berkata, dia tahu arwah adiknya bermain basikal dan arwah juga berjanji itu kali terakhirnya untuk pergi ke tempat itu. Namun tidak menyangka itu kali terakhir bertemu dengannya.
Abang janji dengan Angah, ini last abang pergi sana, Angah. Last, lepas ini bolehlah simpan basikal abang…
Wahai adiku..rata2 surat kabar da klur psal crte mu adik..ye adik sy mamang main basikal..ye sy tahu mmg setiap hr…
Posted by Nur Diayana Mohd Azahar on Saturday, 18 February 2017
“Tak apa, malam kejadian cakaplah pusing cerita macam mana pun, Allah itu Maha Melihat dan Maha Adil. Cuma rasa amat terkilan bila ada yang menyatakan mangsa tengah main lajak (basikal). Pada masa yang sama, arwah-arwah semua tengok, berhenti di tepi,” katanya. – The Reporter








