Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mencadangkan supaya Hospital Putrajaya dinamakan semula sebagai Hospital Tun Dr. Siti Hasmah bagi mengenang jasa dan sumbangan Allahyarhamah terhadap pembangunan sektor kesihatan awam negara.
Cadangan itu dikemukakan ketika perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut, menyambut baik cadangan berkenaan.
Malah, beliau menyatakan kesediaan untuk merealisasikan cadangan itu sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan pada masa hadapan.
“Kita boleh cadangkan. Kalau kerajaan tak buat, lain kali kita buat, insya-Allah,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027.
Terdahulu, Mas Ermieyati mencadangkan agar Hospital Putrajaya menggunakan nama isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu sebagai tanda penghormatan terhadap sumbangan Allahyarhamah dalam bidang kesihatan.
Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 28 September lalu.
Jenazah Allahyarhamah kemudian disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.








