Video tular dua kanak-kanak duduk atas MPV bergerak, polis kesan pemilik | The Reporter

Video tular dua kanak-kanak duduk atas MPV bergerak, polis kesan pemilik

Dua kanak-kanak duduk di atas Toyota Alphard ketika kenderaan sedang bergerak di jalan raya
Tangkap layar video memaparkan dua kanak-kanak duduk di atas sebuah MPV yang sedang bergerak di jalan raya.

Tular video memaparkan sebuah MPV putih menggunakan lorong kanan di Lebuh Raya Meru-Jelapang, Ipoh, kira-kira jam 6.45 petang, dengan kenderaan itu dipercayai dipandu pada kelajuan sekitar 100 kilometer sejam, manakala dua kanak-kanak berada di bahagian atas kenderaan berkenaan.

Kedua-dua kanak-kanak itu dipercayai keluar melalui ‘sunroof’ sebelum berada di atas bumbung MPV berkenaan.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku bermula dari susur keluar Meru menghala ke Jalan Jelapang-Simpang Pulai, berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan.

Video berkenaan kemudian tersebar di media sosial sejak semalam dan mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai berbahaya serta boleh mengancam keselamatan kanak-kanak terbabit.

Baca juga:

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya setakat ini belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya, polis sedang menjalankan usaha untuk mengenal pasti dan mengesan pemilik kenderaan yang terlibat.

“Kita akan kenal pasti. Kalau betul kanak-kanak, kita akan siasat bawah Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Related Posts