Syahmie AI Team mohon maaf isu tular didakwa hina Nabi | The Reporter

Syahmie AI Team mohon maaf isu tular didakwa hina Nabi

Syahmie AI Team memohon maaf berkaitan klip video tular didakwa hina Nabi Muhammad SAW
Tangkap layar video tular dialog Syahmie yang mencetuskan kecaman ramai.

Pempengaruh media sosial, Muhammad Syahmie atau lebih dikenali sebagai Syahmie AI, telah membuat permohonan maaf susulan satu klip perbualan yang tular di media sosial yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Menerusi klip video berkenaan, Syahmie didakwa menyebut bahawa pada masa hadapan masyarakat mungkin tidak lagi mengingati Baginda Nabi Muhammad SAW, sebelum disusuli dengan ketawa oleh beberapa individu lain dalam rakaman tersebut. Kenyataan itu mencetuskan reaksi negatif pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai tidak sensitif serta menyinggung perasaan umat Islam.

Susulan kritikan meluas, Syahmie mengakui kekhilafan tersebut dan menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat tidak bertujuan untuk menghina agama, sebaliknya disampaikan dalam bentuk kiasan.

Katanya, tujuan kenyataan itu dibuat adalah untuk memberi peringatan secara kiasan kepada umat Islam agar sentiasa mengingati agama.

“Tujuan saya berkata sebegitu cuma nak menyampaikan secara kiasan saja agar kita umat Islam semua saling mengingati tentang agama Islam kita.

“Saya masih lagi waras untuk tidak menghina atau mempersendakan agama saya sendiri. Mungkin kiasan dari kata-kata saya itu sesetengah pihak akan faham, tetapi mungkin sesetengah pihak lain akan salah anggap,” jelasnya.

@filzahrazi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


nak bergurau tak kena tempat dik. sebab tu kena jadi bijak dgn ilmu. bukan bergurau ‘bodo’ macam ni . genZ tengah follow korang ni #aiteam

♬ original sound – FILZAH RAZI – FILZAH RAZI
Baca juga:

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa kenyataan tersebut telah menimbulkan salah faham dan menerima teguran daripada pelbagai pihak.

“Saya betul-betul minta maaf atas khilaf saya sebelum ini, sekiranya ayat saya membuatkan ramai terasa atau menganggap ia menghina agama,” katanya.

Related Posts