Ketua UMNO Beruas nafi dakwaan tampar cucu Nik Aziz | The Reporter

Ketua UMNO Beruas nafi dakwaan tampar cucu Nik Aziz

Datuk Dr Azhar Ahmad mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan menampar cucu Allahyarham Nik Abdul Aziz dalam sebuah program di Janda Baik.
Gambar: Facebook Azhar Ahmad

Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr. Azhar Ahmad menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya beliau telah menampar seorang mahasiswa yang juga cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menghadiri Program Pemerkasaan Bangsa Pemimpin Pelajar dan Pengurusan Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik pada 20 Mei lalu.

Menurut Azhar, dakwaan yang tersebar menerusi video dan beberapa laporan berhubung insiden tersebut adalah tidak benar serta telah menimbulkan persepsi yang salah terhadap dirinya.

Beliau menjelaskan, kejadian sebenar berlaku selepas selesai menyampaikan syarahan apabila beliau berjalan menuju ke Dewan Makan sebelum diperkenalkan kepada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kelantan.

“Ketika itu saya dimaklumkan bahawa beliau merupakan anak saudara kepada seorang sahabat saya. Dalam suasana yang mesra, saya bersalaman dan menyentuh pipinya sebagai tanda kemesraan memandangkan hubungan saya dengan keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga:

Azhar menegaskan bahawa tiada sebarang tamparan, serangan fizikal atau perbuatan kasar berlaku seperti yang didakwa oleh segelintir pihak di media sosial.

Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku secara terbuka dan disaksikan beberapa pihak yang berada di lokasi termasuk pengurusan HEP UiTM, pegawai-pegawai program serta para peserta yang menghadiri program berkenaan.

Beliau turut melahirkan rasa kesal apabila rakaman video yang tidak memaparkan keseluruhan konteks kejadian telah mencetuskan salah faham sehingga menjejaskan reputasinya.

Sehubungan itu, Azhar menyeru orang ramai agar meneliti fakta sebenar sebelum membuat sebarang kesimpulan serta tidak menyebarkan dakwaan yang tidak berasas.

“Saya juga menyimpan segala hak saya di sisi undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menerbitkan atau menyebarkan kenyataan palsu yang menjejaskan reputasi saya,” katanya.

@nikalifaiman.ariffahmi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dato Azhar Ahmad, saya memerlukan permohanan maaf secara terbuka. “Bukan tentang saya. Bukan tentang politik. Ini tentang mariah keluarga saya dan maruah mahasiswa Malaysia. Hari ini saya bersuara supaya esok tiada lagi mahasiswa yang perlu melalui perkara yang sama.” #fyp #fypシ #fypシ゚viral #explore #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – nikkalifaiman – nikkalifaiman

Terdahulu, seorang mahasiswa yang juga cucu kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz dilaporkan membuat laporan polis selepas mendakwa ditampar oleh seorang senator dalam satu program di Janda Baik, Pahang.

Related Posts