Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Nashrudin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash, dilaporkan mengalami serangan jantung dan kini sedang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan, menurut kenyataan yang dikongsikan oleh Presiden Konsortium Industri Rakaman Music Malaysia (IRAMA), Ayob Abd Majid.
Dalam kenyataan tersebut, Ayob memaklumkan bahawa beliau menerima panggilan daripada anak Nash, Shameer Nasha, yang mengesahkan keadaan kesihatan penyanyi itu. Difahamkan, Nash mengalami serangan jantung dengan 80 peratus saluran tersumbat.
Susulan itu, penyanyi yang dikenali menerusi pelbagai lagu popular era 1980-an dan 1990-an itu telah menjalani pembedahan pada petang semalam bagi merawat keadaan tersebut.
Baca juga:
- Nash alami serangan jantung, 80 peratus saluran tersumbat
- Siti Nurhaliza terlibat kemalangan, sahkan tiada kecederaan serius
- Anak Norish Karman sebak terima puluhan ribu sebagai gaji daripada Aliff Syukri
Ayob turut menyeru orang ramai, khususnya peminat dan rakan-rakan industri hiburan, agar bersama-sama mendoakan kesejahteraan Nash supaya diberikan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan rawatan.
“Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik,” katanya dalam kenyataan itu.
Februari lalu menerusi hantaran di Facebook, Nash memuat naik video kunjungan beliau ke Madinah. Baru-baru ini juga semasa Hari Raya Aidilfitri beliau turut menitipkan ucapan kepada para peminat.









