Yusuf Bahrin, Zizi Kirana sah bercerai talak satu | The Reporter

Yusuf Bahrin, Zizi Kirana sah bercerai talak satu

Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana sah bercerai talak satu.
Yusuf Bahrin, Zizi Kirana

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Spekulasi mengenai rumah tangga pasangan selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana, akhirnya terjawab apabila mereka sah bercerai talak satu secara raj’ie di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis.

Menurut peguam yang mewakili Zizi, Haiza, perceraian berlaku selepas mahkamah meluluskan permohonan cerai yang difailkan Zizi mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Pada hari ini, kedua-dua pihak, Zizi dan Yusuf, bersetuju dengan permohonan perceraian ini. Di hadapan Yang Arif Tuan Muhammad Syaifullah Hamza, telah direkodkan lafaz cerai oleh Yusuf terhadap Zizi dengan talak satu secara raj’ie,” jelas Haiza.

Baca juga:

Dalam pada itu, Zizi memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut.

“Saya tak ada nak komen apa-apa, semuanya dah selesai. Terima kasih semua, maaf tunggu lama,” ujarnya ringkas.

Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada September 2021, namun sehingga kini pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Media Hiburan

Related Posts