Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Ab Halim Tamuri, menegaskan bahawa sekiranya PAS bersama Perikatan Nasional (PN) berjaya menawan Selangor, pusat judi dan hiburan tidak akan diharamkan secara menyeluruh.
Beliau menjelaskan dasar negeri perlu mengambil kira realiti demografi rakyat Selangor yang berbilang kaum, berbeza dengan negeri majoriti Melayu seperti Kelantan dan Terengganu. Katanya, di kawasan majoriti Melayu memang tidak ada keperluan untuk penjualan arak, namun di Selangor perkara itu berbeza kerana masyarakatnya lebih majmuk.
Ab Halim juga berkata, jika PAS mengambil alih kerajaan negeri sekalipun, keputusan menutup pusat judi tidak mungkin dibuat secara serta-merta. Sebaliknya, sebarang dasar perlu melalui kajian, penelitian dan perbincangan yang menyeluruh.
Beliau menambah, penduduk di bandar utama seperti Klang, Subang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Kuala Selangor dan Gombak mesti diberi pertimbangan sewajarnya dalam merangka dasar negeri.
Baca juga:
- PAS Selangor tegaskan pusat judi takkan ditutup serta-merta jika berjaya kuasai negeri
- ‘Jangan jadi lebih Hamas daripada Hamas’ – Mohamad Alamin tegur Wan Ahmad Fayshal
- Jangan pilih calon curi duit rakyat – Pesan Anwar kepada rakyat Sabah
PN hanya kurang beberapa kerusi
Ab Halim turut menegaskan PN hanya selangkah lagi untuk mengambil alih pentadbiran di beberapa negeri, termasuk Selangor.
Menurutnya, PN hanya kekurangan 5 kerusi di Selangor, 3 di Pahang dan 4 di Perak dan ini menunjukkan peluang untuk menawan Selangor pada pilihan raya akan datang adalah realistik.
Beliau menyifatkan perbezaan kerusi itu tidak besar dan boleh diatasi dengan usaha tambahan daripada jentera parti.
Sumber: China Press