Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon popular, Zara Zya, baru-baru ini meluahkan rasa pilu apabila kucing kesayangannya, Beshtik, disahkan menghidap penyakit Feline Leukemia Virus (FeLV). Berita tersebut dikongsikan Zara sendiri menerusi hantaran di media sosial, sekali gus meruntun hati para peminat yang turut mengikuti perkembangan si comel itu.
Menurut Zara, dia pada mulanya sukar menerima kenyataan apabila doktor mengesahkan keadaan kesihatan Beshtik. Namun, beliau memilih untuk terus kuat demi memberikan semangat dan kasih sayang kepada haiwan peliharaannya.
“Baru dapat tahu hari ini, kucing kesayangan saya Beshtik ada leukemia (FeLV). Memang sedih bila dengar, tapi saya pilih untuk terus kuat, sebab dia pun perlukan kasih sayang dan semangat saya. Ada tak sesiapa yang pernah jaga kucing dengan keadaan macam ni? Saya nak belajar cara terbaik untuk pastikan dia tetap bahagia dan rasa disayangi walaupun sakit. Doakan Beshtik ya,” tulis Zara.
Baca juga:
- MYDIN Prihatin bantu ringankan beban perbelanjaan Sathiya
- Zara Zya luah rasa sedih, kucing kesayangan disahkan hidap Leukemia FeLV
- ‘Poket saya sendiri pun dah tebal’ – Daiyan Trisha tidak cari lelaki berharta
Lebih menyayat hati, Zara turut berkongsi pengalaman sukar memberi ubat kepada Beshtik. Katanya, kucing tersebut biasanya sukar untuk makan ubat, namun malam itu berlaku sesuatu yang cukup istimewa.
“Shetik ni memang susah sangat nak makan ubat. Tapi malam ni, Shetik nak makan bila mummy suap ubat tu ke mulut dengan wet food. Berkali kali mummy ucap terima kasih kat tik sebab nak makan ubat yang mummy suap. Nangis mummy sayang. Maknanya tik nak sihat kan? Shetik good boy,” luahnya penuh sebak.
Perkongsian itu membuatkan ramai pengikutnya di media sosial turut sebak kerana dapat merasai kasih sayang seorang pemilik terhadap haiwan peliharaan.