Viral aksi mesra di Konsert Coldplay, CEO Astronomer letak jawatan | The Reporter

Viral aksi mesra di Konsert Coldplay, CEO Astronomer letak jawatan

Video tular memaparkan aksi mesra Andy Byron dan Kristin Cabot.
Tangkap layar video tular aksi mesra Andy Byron dan Kristin Cabon di konsert Coldplay baru-baru ini.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi berpangkalan di New York, Astronomer, Andy Byron, meletakkan jawatan selepas aksinya memeluk seorang pekerja ketika menghadiri konsert Coldplay tular di media sosial.

Memetik laporan CNN, Lembaga Pengarah Astronomer telah menerima peletakan jawatan Byron dan akan memulakan pencarian bagi calon Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Astronomer komited terhadap nilai dan budaya yang telah membimbing kami sejak penubuhan syarikat.

“Pemimpin kami diharapkan menjadi contoh terbaik dari segi kelakuan dan tanggungjawab. Namun, insiden berkenaan menyebabkan piawaian tersebut tidak dipenuhi,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Syarikat operasi data itu, yang ditubuhkan pada 2018, mengakui bahawa perhatian terhadap syarikat mereka mungkin berubah sekelip mata susulan insiden terbabit, namun tetap menegaskan komitmen terhadap misi utama iaitu menyelesaikan isu berkaitan data dan kecerdasan buatan (AI).

Terdahulu, Byron dilihat bersama Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikat itu, Kristin Cabot, muncul di skrin “kiss cam” ketika konsert berlangsung di Gillette Stadium, Foxborough, Massachusetts, sebelum kedua-duanya cepat-cepat mengelak daripada kamera. Aksi itu disambut dengan sorakan daripada penonton.

https://www.tiktok.com/@instaagraace/video/7527910323681070367?embed_source=121374463%2C121468991%2C121439635%2C121749182%2C121433650%2C121404359%2C121497414%2C121477481%2C121351166%2C121772353%2C74173096%2C121487028%2C121331973%2C120811592%2C120810756%2C121819198%3Bnull%3Bembed_fullscreen&refer=embed&referer_url=says.com%2Fmy%2Fseismik%2Fvideo-coldplay-tak-sengaja-timbulkan-kontroversi-hubungan-sulit-ceo-syarikat-astronomer-di-konsert&referer_video_id=7527910323681070367
Baca juga:

Pada Jumaat, syarikat mengumumkan pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Produk, Pete DeJoy, akan mengambil alih tugas sebagai CEO sementara.

Akaun LinkedIn Byron kini tidak lagi boleh diakses oleh umum dan beliau turut dikeluarkan daripada halaman rasmi kepimpinan syarikat. Kini, halaman tersebut menyenaraikan DeJoy sebagai CEO. Bagaimanapun, Byron masih disenaraikan sebagai ahli Lembaga Pengarah di laman web rasmi syarikat.

Related Posts