Kerajaan kekal turunkan had umur belia | The Reporter

Kerajaan kekal turunkan had umur belia

Hannah Yeoh menegaskan kerajaan kekal pendirian menurukan had umur belia, 40 tahun kepada 30.
Kerajaan kekal dengan keputusan untuk menurunkan umur had belia dari 40 ke 30 tahun bermula Januari depan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kerajaan Persekutuan memaklumkan keputusan menurunkan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun akan mula dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2026, selaras pindaan yang telah diluluskan Parlimen pada 2019.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keputusan itu telah ditangguhkan sebanyak dua kali sebelum ini dan kini berada dalam tempoh penangguhan tahun ketiga.

“Untuk had umur belia ini, kerajaan telah buat keputusan. Tahun 2019 Parlimen luluskan undang-undang. Kita telah tangguh dua kali sebelum ini dan ini bermaksud sekarang ini kita dalam tempoh penangguhan tahun ketiga,” katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, Sarawak tidak terikat dengan perubahan itu kerana pertubuhan belia utama negeri (Saberkas) itu, berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), bukan di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

“Sarawak ada pertubuhan belia mereka iaitu Saberkas dan tidak berdaftar di ROY. Saberkas berdaftar di ROS, jadi memang dia tak perlu ikut. Bawah ROS tak ada had umur,” jelasnya.

Baca juga:

Yeoh turut menekankan bahawa had umur baharu ini sejajar dengan trend global yang lebih memfokuskan kepada pembangunan generasi muda.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyatakan Sarawak tidak bercadang untuk mengikut ketetapan kerajaan Persekutuan dan akan mengekalkan definisi umur belia antara 15 hingga 40 tahun di negeri itu.

Sumber: MalaysiaKini

Related Posts