Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sempena ulang tahun kelahiran ke-100 Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil berkongsi sebuah kisah ringan tetapi mencuit hati mengenai bekas Perdana Menteri itu.
Dalam satu hantaran media sosial, Syed Saddiq mendedahkan ‘rahsia terbesar’ bagaimana Tun Mahathir kekal sihat, bertenaga dan tenang biarpun sibuk menggalas tanggungjawab besar sebagai pemimpin negara.
“Saya rasa dah tiba masanya saya dedahkan rahsia terbesar Tun M… Rahsia macam mana Tun boleh kekal muda, sihat, dan relax semacam walaupun tengah berperang di Parlimen,” tulisnya berseloroh.
Beliau kemudian memuat naik dua keping gambar lama yang diambil di Parlimen, menunjukkan Tun Mahathir sedang menonton video kucing di telefon bimbitnya dengan reaksi terhibur.
“Tun M layan video kucing. Bukan sekali tapi banyak kali. Siap gelak sorang-sorang. While the whole country tengah panas…Tun chill tengok anak kucing tak takut air dan lompat-lompat,” tambahnya.
Baca ini juga:
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
Dalam hantaran tersebut juga, beliau turut merakamkan ucapan hari lahir buat Tun Mahathir.
“Happy Birthday Tun! Terus kekal muda selalu,” tulisnya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada tahun ini, menjadikannya antara tokoh politik tertua yang masih aktif bersuara dan berpengaruh dalam landskap politik tanah air.








