'Saya bukan tolak bantuan MAIWP' – Puteri mohon maaf, syukur isu lampin anak OKU selesai | The Reporter

‘Saya bukan tolak bantuan MAIWP’ – Puteri mohon maaf, syukur isu lampin anak OKU selesai

Puteri memakai pelitup muka ketika ditemui di rumahnya
Puteri mohon maaf dan bersyukur isu lampin anak OKU diselesaikan dengan bantuan MAIWP

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Wanita asnaf, Puteri, yang sebelum ini dikecam hebat selepas video mengadu mengenai jenis lampin yang diterima daripada MAIWP tular, akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar dan memohon maaf kepada semua pihak.

Menurut Puteri, dia tidak pernah berniat menolak bantuan yang diberikan, malah sangat bersyukur kerana banyak sumbangan telah diterima untuk keperluan anak-anaknya.

“Saya minta maaf kepada netizen, saya bukan menolak pemberian pampers (pelekat) untuk anak saya. Saya bersyukur sangat-sangat kepada Allah SWT kerana MAIWP banyak memberi sumbangan dan pelbagai bantuan kepada anak-anak saya.”

Bimbang najis anak bersepah

Jelas Puteri, anak istimewanya yang berusia 11 tahun tidak sesuai menggunakan lampin jenis pelekat kerana sering menanggalkannya sendiri, menyebabkan najis bersepah dan menyukarkan keadaan terutama ketika dia sendiri sedang sakit dan tidak dapat bergerak.

“Anak istimewa saya ini tak boleh pakai lampin jenis pelekat. Dia boleh buka lampin itu, jadi saya memerlukan lampin jenis seluar kerana dia tidak dapat membukanya.

“Dalam keadaan saya sakit dan sukar bergerak seperti ini, bila anak saya buka pelekat itu, najisnya akan bersepah.”

Puteri juga meluahkan rasa syukur kerana isu tersebut akhirnya dapat diselesaikan selepas pertemuan bersama wakil syarikat pembekal yang dilantik MAIWP.

“Saya bersyukur pada Allah SWT telah berjumpa dengan Encik Zaidi daripada MAIWP dan menyelesaikan masalah yang ada sekarang.”

@ipk.tv4

Isu ‘Isu akak drypers’ Nitizen jangan komen berlebihan. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini memohon maaf atas kelewatan pertukaran bantuan lampin kepada Puan Puteri, penerima zakat yang baru bersalin dan menghadapi komplikasi kesihatan. Wakil MAIWP, En. Zaidi memaklumkan bahawa sistem telah dikemas kini dan pertukaran lampin jenis pants telah dilaksanakan segera walaupun dalam tempoh cuti umum. Wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kak Jan, menyeru orang ramai agar tidak mengecam Puan Puteri yang hanya menyuarakan isu mewakili para asnaf lain. Beliau turut menegur sikap netizen yang cepat menghukum tanpa mengetahui keadaan sebenar. Puan Puteri pula menegaskan beliau bersyukur atas bantuan yang diterima, namun memohon sedikit penyesuaian atas keperluan khas anaknya. Beliau berharap semua pihak bersikap lebih memahami dan tidak menimbulkan fitnah. Terima kasih Ipk.tv

♬ original sound – IPK TV – IPK TV

Mohon netizen hentikan kecaman

Dalam pada itu, wakil syarikat pembekal MAIWP, Encik Zaidi, memaklumkan pihaknya telah menukar bantuan lampin kepada jenis seluar seperti dimohon Puteri, selain turut mengemaskini maklumat penerima dalam sistem.

“Hari ini (Isnin) telah membuat pertukaran lampin daripada jenis pelekat ke jenis seluar. Sistem dalam MAIWP juga telah dikemaskini.”

Dia turut memohon maaf atas kelemahan yang mungkin berlaku dan menyeru agar semua pihak menghentikan kecaman serta menyelesaikan isu secara damai.

“Kami sekali lagi memohon maaf kalau ada kesilapan dan kelemahan daripada pihak kami dan pihak MAIWP. Kita boleh hentikan komen negatif hentam menghentam supaya kita boleh selesaikan semua benda yang boleh dibincang secara baik.”

Terdahulu, aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kak Jan, turut tampil mempertahankan Puteri selepas video berkenaan tular dan mengundang kecaman netizen.

Katanya, Puteri tidak bersalah dan hanya menyuarakan keperluan berdasarkan situasi sebenar yang dialaminya ketika sedang berpantang dan menjaga anak-anak.

Kak Jan juga mengingatkan netizen agar tidak terlalu cepat menghukum tanpa memahami keseluruhan cerita, sambil menegaskan bahawa Puteri bersyukur atas bantuan yang diterima dan tidak pernah menolak sumbangan MAIWP.

Sumber: IPK TV4

Related Posts