'Kak, jangan tanya soalan macam budak takde otak' - Ameera Khan | The Reporter

‘Kak, jangan tanya soalan macam budak takde otak’ – Ameera Khan

Ameera Khan tersenyum ke arah kamera sambil Jefri Nichol sedang disolek di belakang.
Ameera Khan bersama Jefri Nichol

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ameera Khan tidak berdiam diri apabila ditanya soalan berbaur sensitif berkaitan hubungannya dengan aktor popular Indonesia, Jefri Nichol.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, seorang netizen bertanya sama ada dia sudah ‘sleep’ bersama Jefri. Menjawab persoalan itu, Ameera menegaskan mereka hanya berhubung setiap malam menerusi ‘sleep call’ dan hubungan itu tidak pernah terputus.

“Sleep call setiap malam, tak tidur pun selalu call. Memang call tak pernah putus,” tulisnya.

Namun, Ameera tidak menyembunyikan rasa kurang senang terhadap soalan tersebut. Dia membalas dengan nada tegas, menasihati individu itu supaya lebih berfikir sebelum bertanya.

“Kak, kak dah tua janganlah tanya soalan macam budak yang takde otak,” balasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jefri Nichol turut tampil mempertahankan Ameera di media sosial. Menurutnya, soalan-soalan yang tidak wajar seperti itu sepatutnya tidak dilayan.

Related Posts