Sampai tisu pun dikongsi, netizen 'potong kaki' tengok aksi spontan Syed Saddiq & Bella Astillah | The Reporter

Sampai tisu pun dikongsi, netizen ‘potong kaki’ tengok aksi spontan Syed Saddiq & Bella Astillah

Syed Saddiq dan Bella Astillah duduk semeja berkongsi tisu semasa majlis makan

Dalam satu video yang kini tular di media sosial, kelihatan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi Bella Astillah duduk semeja menikmati juadah di sebuah majlis. Namun, apa yang menarik perhatian ramai bukanlah makanan di atas meja, tetapi aksi kecil yang mencetuskan pelbagai reaksi lucu netizen.​

Momen spontan tersebut menunjukkan Bella menghulurkan sehelai tisu kepada Syed Saddiq, dipercayai untuk membuka penutup botol minuman. Namun, secara tidak sengaja, Syed Saddiq menggunakan tisu itu untuk mengelap mulutnya.

https://www.tiktok.com/@cikindahn0024748/video/7490073993303641351

Aksi tersebut membuatkan ramai netizen ‘naik syeikh’, ada yang geli hati, ada juga yang mengambil kesempatan ‘mengusik’ hubungan mereka.​

Perkongsian video itu telah membuatkan para peminat dan juga ‘team BASS’ (gabungan nama Bella dan Syed Saddiq) tak keruan apabila masing-masing teruja melihat momen manis pasangan terbabit.

Ada juga di antara mereka berseloroh mahu berpindah keluar daripada bumi kerana tidak sanggup melihat kebahagiaan mereka berdua.​

Sebelum ini, Syed Saddiq ada menjawab tentang hubungannya dengan Bella Astillah apabila meminta orang ramai untuk mendoakan mereka berdua.

Ujar Syed, dia berharap supaya urusannya pada 17 April nanti dipermudah apabila proses mahkamah berkenaan kes rayuannya akan bersambung semula pada tarikh tersebut.

Related Posts