Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Beberapa hari lagi menjelang Aidilfitri, ramai yang telah membuat persiapan raya seadanya. Ada yang hanya memfokuskan kepada persiapan baju raya dan ada juga yang membuat persiapan rumah dan kuih raya.
Namun, ada juga yang tidak mampu menyediakan kelengkapan raya kerana factor kewangan.
Kerana faktor itu juga, seorang lelaki mengambil inisiatif dengan berkongsi rezeki, memberikan baju melayu terpakai secara percuma kepada orang ramai.
“Free market, baju melayu terpakai 2025. Kecil bagi kita, tapi besar buat mereka,” kata Mufarizam.
Menerusi perkongsian video di TikTok, beberapa orang lelaki tanpa mengira usia datang mencuba baju melayu yang disediakan. Baju-baju yang disediakan juga kelihatan masih cantik dan elok untuk dipakai.
Rata-rata memuji usaha yang dilakukan oleh lelaki ini demi secebis kegembiraan individu di pagi raya.
“Sedihnya, kita tiap-tiap tahun beli baju raya, tapi bagi orang tak mampu, mungkin dah lama tak beli baju raya. Nikmat apa lagi yang aku dustakan ni Ya Allah,” kata netizen.








