Serba baharu, Pak Mat Western taja pekakas dapur Kak Cik Yah | The Reporter

Serba baharu, Pak Mat Western taja pekakas dapur Kak Cik Yah

Pak Mat Western
Sumber Gambar: FB Pak Mat Western

Tidak perlu proses penyuntingan atau peralatan canggih untuk membuat konten video, hanya menggunakan telefon bimbit sahaja, video yang dimuat naik oleh wanita warga emas ini mendapat perhatian ramai.

Kisah dirinya yang tular membuatkan pengikut-pengikut Kak Cik Yah sudah makin bertambah di TikTok dengan jumlah 197,000 pengikut.

Bukan itu sahaja, Kak Cik Yah sudah mula diintai oleh jenama makanan terkenal, Pak Mat Western untuk dijadikan sebagai ‘wajah’ baharu untuk dimuatkan dalam konten jenama berkenaan.

Keprihatinan jenama berkenaan juga turut memberi peluang kepada Kak Cik Yah untuk membeli keperluan barangan dapur yang baharu buat Kak Cik Yah.

“Hari ini bakal ada pembaharuan untuk dapur rumah Kak Cik Yah. Dah jadi content creator Pak Mat ni, perkakas dapur mesti nak kena upgrade.

“Semua Pak Mat order baru. Peti ais, periuk eletrik, blender, oven, set senduk

“InsyaAllah, lepasni KakCik Yah lagi semangat nak share resepi orang lama untuk rakyat Malaysia,” kongsi Pak Mat Western di Facebook.

Menerusi hantaran video di TikTok Kak Cik Yah pula, dia sempat membuat ulasan (review) kedai yang dikunjungi bersama staf Pak Mat Western.

@kakcikyah4

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Hari ini jalan-jalan dengan cucu cucur istimewa

♬ original sound – kakcikyah – kakcikyah

Related Posts