Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Memasuki sahaja bulan Ramadan, ramai yang mula terfikir menu juadah untuk bersahur dan juga berbuka puasa. Pelbagai resepi yang dikongsikan di media sosial, namun ada kalanya tidak menjadi dan bukan memenuhi citarasa individu.
Bulan Ramadan ini juga, ramai pempengaruh yang berkongsikan resepi masing-masing khas buat pengikut-pengikut mereka. Tidak asing lagi pempengaruh seperti Khairul Aming, Che Sayang Kitchen, Che Nom dan ramai lagi.
Namun, beberapa hari lalu, tular hantaran video dari seorang warga emas yang menggelarkan dirinya sebagai Kak Cik Yah berkongsikan resepi di bulan Ramadan.
Apa yang menarik perhatian ramai, Kak Cik Yah dilihat bersahaja berkongsikan resepi dan menunjukkan cara membuat sesuatu bahan dari awal sehingga akhir.
Bukan sahaja berkongsikan resepi, malahan Kak Cik Yah juga membuat ulasan ke gerai-gerai di bazar yang berdekatan.
Walaupun kadangkala suara Kak Cik Yah tidak jelas kedengaran, namun ramai yang berasa teruja dan terhibur dengan setiap hantaran yang dimuat naik oleh Kak Cik Yah.
Hantaran-hantaran video Kak Cik Yah bukan sahaja menarik perhatian netizen, malahan pelakon dan pengacara, Sherry Al- Hadad turut meninggalkan komen.
“Teringin nak makan masakan Cik Yah,” tulis Sherry.








