'Nikmat paling besar, dapat jaga mak ayah' – Wanita syukur kerja di kampung | The Reporter

‘Nikmat paling besar, dapat jaga mak ayah’ – Wanita syukur kerja di kampung

Kerja di kampung jaga ibu bapa

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dalam dunia yang serba sibuk, ramai yang terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana tuntutan kerja. Namun, wanita ini membuktikan bahawa rezeki bukan hanya dalam bentuk wang, tetapi juga peluang untuk berbakti kepada orang tua selagi masih ada.

Bagi Aisyah Ishak, tiada rezeki yang lebih bermakna selain dapat menjaga ibu bapa sendiri. Berpeluang bekerja di kampung memberi ruang untuknya berbakti kepada insan yang membesarkannya, satu nikmat yang tidak semua orang dapat rasa.

Kisahnya mula tular di TikTok selepas dia berkongsi momen menguruskan ibu bapanya yang uzur dengan penuh kasih sayang. Video yang menunjukkan dirinya menggunakan alat ‘hoist crane’ untuk mengangkat mereka ke katil meraih lebih 2.2 juta tontonan dan menyentuh hati orang ramai.

https://www.tiktok.com/@aisyahishak5/video/7467008632559832327
“Nikmat yang Allah bagi, mak ayah ada depan mata”

Tinggal di Felda Keratong, Pahang, Aisyah turut bersyukur kerana mempunyai majikan yang cukup memahami. Dia diberi kelonggaran untuk pulang ke rumah seketika bagi melihat keadaan ibu bapanya.

“Nikmat yang Allah bagi, mak ayah ada depan mata. Dapat bos yang memahami pun satu rezeki. Rajin juga lari balik rumah tengok mak ayah masa tengah kerja. Alhamdulillah, Allah bagi mudah semuanya. Sebenarnya lagi enjoy kerja di kampung,” katanya.

Menurutnya, walaupun ada yang menganggap tinggal dan bekerja di kampung kurang menyeronokkan, baginya ia adalah keputusan terbaik dalam hidup.

Netizen kagum, doakan urusan dipermudahkan

Kisah pengorbanan Aisyah ini mendapat pujian ramai. Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan mendoakan kesejahteraannya.

“Tak semua anak sanggup jaga mak ayah sendiri, awak memang hebat!” komen seorang pengguna.

“Semoga Allah beri kesihatan dan rezeki berlipat ganda untuk Aisyah. Besar pahala awak.” tulis yang lain.

‘Semoga Allah kurniakan pintu Syurga’

‘Awak hebat, boleh jaga dua sekali’

‘Allah hendak beri anak itu kebaikan’

Related Posts