Anak dedah Zahnita dah rancang viralkan gambar mata lebam? | The Reporter

Anak dedah Zahnita dah rancang viralkan gambar mata lebam?

Zahnita rancang viralkan gambar lebam

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pada 2 Disember 2024, pelakon dan juga model, Zahnita Wilson, berkongsi gambar yang memaparkan mata kiri dalam keadaan lebam di laman Instagramnya. Bagaimanapun, anak sulungnya, Zahrafeena atau mesra disapa Zahra, tampil menjelaskan bahawa gambar tersebut adalah gambar lama yang dikongsi oleh ibunya tanpa ada sebarang kaitan dengan kejadian terkini.

Menurut Zahra, semua pendedahan yang dibuat ibunya sebenarnya sudah dirancang lebih awal, iaitu selepas dia selesai menduduki peperiksaan SPM. Namun, pendedahan tersebut tersebar lebih awal daripada yang dirancang.

Ketika gambar tersebut menjadi tular, guru-guru di sekolah mula bertanya kepadanya sama ada dia dipukul. Zahra segera memberikan penjelasan, tiada sebarang kekerasan berlaku dan gambar tersebut adalah gambar lama yang tidak ada kaitan dengan kejadian terkini.

Dalam pada itu, Zahra mengakui konflik dalam keluarganya memberi kesan besar terhadapnya, lebih-lebih lagi kerana dia sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia meluahkan rasa kecewa kerana merasakan ibunya lebih fokus kepada masalah peribadinya berbanding tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Selain daripada menumpukan perhatian pada peperiksaan, Zahra juga terpaksa memikirkan masalah keluarga yang berlaku pada masa yang tidak sesuai. Dia merasa kecewa dengan tindakan ibunya tidak mengambil kira situasi yang sedang dilaluinya, dan seolah-olah tidak peduli dengan apa yang dia sedang hadapi.

Dan disebabkan hal itu, Zahra memilih untuk tinggal bersama bapanya selepas Zahnita memutuskan untuk keluar dari rumah mereka dan berpindah ke tempat lain. Keputusan itu dibuat dengan kerelaannya sendiri kerana merasa tenang tinggal bersama bapanya.

Walaupun rumah ibunya tidak jauh, Zahra memilih untuk tidak berjumpa dengan Zahnita kerana sejak kebelakangan ini ibunya sering marah apabila mereka bertemu.

Terdahulu, Zahnita berkongsi foto di Instagram yang menunjukkan kecederaan di bahagian matanya akibat pergaduhan dengan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, selepas dia membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Sehari selepas kejadian, Zahnita bertindak memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang, yang menyebabkan Abdul Zackery ditahan pada hari yang sama untuk membantu siasatan. Namun, dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya.

Sumber: mStar

Related Posts