'Insya-Allah' - Bakal beraksi bersama bapa, jawapan Cristiano Ronaldo Jr pada MrBeast undang perhatian | The Reporter

‘Insya-Allah’ – Bakal beraksi bersama bapa, jawapan Cristiano Ronaldo Jr pada MrBeast undang perhatian

Sumber Gambar: Tangkap Layar YouTube UR Cristiano

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo, menjadi sorotan ramai apabila bekas penjaga gol Al-Nassr Waleed Abdullah dalam satu program televisyen mendedahkan minat Ronaldo dengan ajaran Islam.

Kali ini pula anak lelaki beliau menjadi perbualan apabila menyebut perkataan Insya-Allah dalam satu program temu bual bersama MrBeast di YouTube UR Cristiano.

Dalam temu bual berkenaan, MrBeast menyoal Cristiano Ronaldo Junior adakah dia akan beraksi di padang sama seperti pemain bola keranjang LeBron James dan anak lelakinya, Bronny James, berkongsi gelanggang dalam pasukan yang sama.

“Kamu lihat aksi LeBron bersama anaknya, adakah kamu akan lakukan benda sama bersama bapa kamu?” soal MrBeast.

Cristiano Ronaldo Junior duduk di sebelah bapanya dan menjawab dengan ringkas.

“Insya-Allah…Insya-Allah…saya berharap,” katanya.

Ronaldo memandang anaknya dengan tersenyum sambil membetulkan rambut anaknya dan menjelaskan kembali kepada MrBeast.

Related Posts