Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pegawai berpangkat Deputi Superintendan (DSP) yang juga seorang Pegawai Turus dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, ditahan sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Penahanan tersebut kerana individu berkenaan disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah di sekitar ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan penahanan pegawai terbabit dan tiada sebarang tindakan diambil setakat ini.
“Pada masa ini sebarang tindakan lanjut daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diambil bergantung kepada hasil siasatan SPRM,” katanya.
Penahanan pegawai berkenaan juga membawa kepada penemuan wang tunai lebih RM2 juta selain turut memiliki harta yang tidak munasabah.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan pegawai kanan terbabit.
Katanya, pegawai itu sudah direman selama tiga hari, bermula semalam bagi membantu siasatan.
Sumber: Berita Harian








