Syak isteri curang, lelaki belasah isteri guna kayu golf & baton besi | The Reporter

Syak isteri curang, lelaki belasah isteri guna kayu golf & baton besi

Isteri curang dibelasah suami
FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad | Harian Metro

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tuduhan mencederakan isterinya dengan kayu golf dan baton besi. Tertuduh berbuat demikian selepas dia mengetahui mangsa curang dengan lelaki lain.

Azwan Azman yang merupakan seorang pengemas penginapan yang dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK). Dibaca bersama 326A kanun sama mengaku tidak bersalah. Tertuduh meminta dibicarakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada Noraishah Ya’acob, 28, dengan menggunakan kayu golf, baton besi dan buluh yang berang selepas mendapati mangsa curang.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Seri Emas 3, Taman Seri Telok Mas, di sini, pada 19 Jun lalu, jam 3.30 pagi.

Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari yang menjalankan pendakwaan membantah jaminan diberikan mengambil kira kecederaan parah dialami mangsa.

Peguam Muhammad Syah Azlan Abdullah bagaimanapun memohon jaminan rendah diberikan terhadap tertuduh yang juga bapa dua anak sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara.

Katanya, ibu tertuduh bersedia menjadi penjamin dan hanya menyediakan wang RM4,000.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin RM10,000. Bersama dengan seorang penjamin serta syarat perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan. Tertuduh juga diperintah untuk tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 1 Ogos depan bagi pengurusan kes dan serahan dokumen.

Sumber: Harian Metro

Related Posts