5 maut terkena renjatan elektrik di kolam renang | The Reporter

5 maut terkena renjatan elektrik di kolam renang

SAKARYA, TURKI – Lima maut termasuk dua remaja dan kanak-kanak berusia 12 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik di sebuah taman tema air, lapor Daily Mail. 
Ketiga-tiga mangsa sebelum itu sedang bermain di kolam renang di bandar Akyazi, wilayah Sakarya, yang secara tiba-tiba terkena renjatan elektrik, lapor Agensi Anadolu. 
Pengurus taman tema berkenaan, 58, dan anaknya, 30, juga turut maut apabila mereka melompat ke dalam kolam itu ketika cuba menyelamatkan ketiga-tiga mangsa. 
Kesemua mangsa dikejarkan ke hospital, namun semuanya gagal diselamatkan. Manakala mangsa keenam dilaporkan cedera dan diberikan rawatan. 
Kakitangan taman tema itu kemudian mematikan bekalan elektrik ke resort tersebut. 

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.




Menurut pihak berkuasa tempatan, tiada sebarang gangguan elektrik yang berlaku mengakibatkan kebocoran elektrik di taman teman tersebut. 
Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan dan mencari punca kebocoran elektrik di kolam renang itu. 
Leave a Reply
Related Posts