Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
BIRMINGHAM, ENGLAND – Seorang pelajar jurusan sains komputer, berusia 23 tahun, menangis dan meminta belas kasihan selepas berjaya ditangkap oleh sekumpulan individu yang memburu golongan pedofilia, lapor Daily Mail.
Rakaman video menunjukkan, salah seorang ahli kumpulan itu menunjukkan bahawa lelaki itu selama ini telah bermesej dengannya yang menggunakan akaun palsu, semata-mata untuk memerangkap Bashar.
Kumpulan itu mendakwa, Bashar merancang mahu membeli kondom dan tisu bayi, kemudian pergi ke rumah mangsa dan merogolnya ketika ibunya tiada di rumah kerana ibunya bekerja syif malam.
Video menunjukkan Bashar merayu pada kumpulan itu tidak melaporkan kegiatan terkutuknya itu kepada polis. Malah sanggup melutut di depan kumpulan itu, merayu untuk dilepaskan.













