Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Produk kedua beliau Dendeng Nyet Berapi mencatatkan rekod apabila berjaya dijual sebanyak 80,000 unit dalam masa dalam tempoh 3 minit 39 saat dan mencatat angka jualan RM1 juta.
Dalam satu hantaran terbaharu Khairul Aming, dia berkongsikan kejayaan disebalik pelancaran produk berkenaan. Katanya, semasa pelancaran tersebut, ada empat rekod yang berjaya dipecahkan dalam sejarah TikTokShop Malaysia.
“Yang pertama, jualan RM1 juta terpantas di TikTokShop Malaysia selama 3 minit 39 saat.
“Rekod kedua adalah melalui peak views tertinggi di TikTokShop Malaysia iaitu seramai 222.8,000 dalam satu masa manakala rekod ketiga pula mendapat rekod tontonan keseluruhan tertinggi iaitu sebanyak 3.4 juta tontonan.
“Rekod keempat pula dicatatkan menerusi Clikckthrough Rate (CTR) tertinggi di TikTokShop Malaysia dengan catatan melebihi 400%,” katanya.
Khairul Aming juga berkongsikan pemilihan latar bagi sesi siaran langsung pada malam itu yang dipuji ramai. Katanya, pemilihan warna hitam adalah untuk menyerlahkan produk Dendeng Nyet dan memudahkan komen daripada orang ramai dapat dibaca.
Maklum balas positif
Dalam pada itu juga, Khairul Aming sangat berpuas hati dengan maklum balas yang diberikan oleh pembeli mengenai kualiti produk berkenaan. Selain daripada itu, dia juga mengambil maklum komen dari pembeli yang inginkan perubahan dari segi tekstur, rasa dan pembungkusan.
Bagi yang ketinggalan mendapatkan dendeng pada pelancaran lalu, Khairul Aming mengumumkan 35,000 unit dendeng akan mula dijual di Shopee pada jam 9 malam esok.
“Thank you very much guys for your support. 35,000 unit dendeng akan restock di Shopee jam 9 malam esok,” katanya.
Sumber: Khairul Aming