Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kandungan konten yang dihasilkan oleh pempengaruh yang dikenali sebagai Buruh Ladang ini sentiasa menarik perhatian ramai.
Telatahnya yang bersahaja pasti mencuit hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Ada antara nasihat yang disampaikan kadangkala tepat menusuk ke hati mengenai kehidupan walaupun disampaikan dengan nada yang bersahaja.
Sebagai seorang yang dikenali sebagai pempengaruh juga, nasihat yang diberikan seolah seorang bapa memarahi anaknya.
Menerusi hantaran video terbaharu, lelaki ini menasihati orang ramai di luar sana untuk bekerja keras bagi menyara kehidupan bukan hanya dengan mengeluh dan bersuara dengan perkara yang tidak berfaedah.
Dalam hantaran itu juga, dia mengajak khusus untuk kaum lelaki mengait kelapa sawit memandangkan ketika ini harga sawit sedang mencanak naik.
Seolah memberi tamparan sinis juga kepada golongan yang hanya ‘memekak’ dengan keadaan ekonomi tanpa berusaha, katanya keadan harga pasaran sawit juga kerana usaha yang dibuat oleh pemimpin.
Katanya, masyarakat perlu berterima kasih dengan usaha yang dilakukan untuk orang kampung.
“Terima kasihlah buat untuk orang kampung. Kekalkan begitu, ingat pada orang kampung sebab satu hari nanti awak akan bina pentas nak bercakap dengan orang kampung nak mengadu itu dan ini,” katanya.
Sumber: Buruh Ladang








