'3 tahun aku diam, sekarang dah tak bertudung, apa lagi kau nak buat?!' - Nonny Nadirah - The Reporter

‘3 tahun aku diam, sekarang dah tak bertudung, apa lagi kau nak buat?!’ – Nonny Nadirah

Pelakon Nonny Nadirah atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, mengakui ada individu yang mengganggu kehidupannya sejak tiga tahun lalu.

Dalam hantaran di Instastory, Nonny mendakwa individu itu sering mencampuri urusan peribadinya. Bermula dari dia berhijab sehingga dia membuka tudung.

Dalam tempoh itu, Nonny memilih untuk mendiamkan diri. Tetapi gangguan itu masih berterusan.

“Aku berubah kerana Allah s.w.t, bertudung, solat, macam-macam kau buat. Ujian mengalahkan ujian Tuhan.

“Tiga tahun aku diam. Sekarang dah tak bertudung, tiada amalan. Apa lagi yang kau nak buat?

“Apa kita ni sekarang hidup zaman Firaun ka? Sekatlah sampai mati, aku sudah tidak peduli Syaitan!” katanya.

Dalam pada itu, Nonny memberi amaran keras kepada individu berkenaan untuk tidak mempermainkan isu agama. Selain itu, keputusannya untuk tidak lagi berhijab bukanlah sesuatu yang ‘dibanggakan’.

“Orang lain buka tudung, gembira siap melaram. Aku tidak! Habis tu kenapa kau buka tudung? Kau nak aku jawab? Nanti kau cakap aku gila! Baik aku diam. Korang nak buat apa dengan aku, buatlah. Tapi bab ‘agama Islam’ jangan main-main dengan aku!”

Nonny percaya individu yang sama telah menghantar ‘sihir’ kepadanya dan dia merayu agar perbuatan itu dihentikan serta tidak bermain dengan perkara khurafat.

“Aku merayu… tolong hilangkan gangguan ini.”

Terdahulu, bekas peserta Akademi Fantasia 5 berkenaan pernah berkongsi mengenai gangguan sihir yang dipercayai didalangi oleh kenalannya sendiri sejak beberapa tahun sebelumnya.

Sumber: Xtra

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!