Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sejak semalam tular video dua jurujual kereta jenama terkemuka menghina dan melakukan body shaming terhadap bekas rakan sekerja dalam siaran langsung di TikTok.
Tindakan dua wanita itu mengundang padah apabila perkara itu diketahui oleh mangsa yang kemudian menularkan video mereka di platform X.

Dalam perkembangan terkini, sumber dari gambar perbualan aplikasi WhatsApp yang tersebar mengatakan dua wanita terbabit telah pun dikenakan tindakan gantung kerja selama dua minggu.
Difahamkan, penggantungan itu dilakukan bagi memboleh siasatan dalaman dijalankan sebelum tindakan tegas dikenakan terhadap dua kakitangan berkenaan.
Terdahulu, dua jurujual terbabit menghina taraf pendidikan dan fizikal bekas pekerja berkenaan yang dikatakan tidak kacak dan muka seperti golongan lelaki songsang.








